Renewed Call To British Government To Apologise To Families Of Batang Kali Massacre

Source: Bernama, June 20, 2010

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=507354

KUALA LUMPUR, June 20 (Bernama) — The British government is questioned again over its refusal to apologise to the families of 24 Batang Kali massacre victims as it had expressed its regret for the 1972 killings by British troops of 13 protesters in Northern Ireland.

Institute of Public Relations Malaysia president Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan said countless demonstrations, petitions and demands for apology and compensation were sought over the years from Westminster over the Batang Kali massacre.

He said the government should set up a public inquiry to enlighten the people and remind the British government on the incident which occurred more than 60 years ago.

“This is necessary as the families of the victims have waited for justice and compensation for a long time,” he told Bernama here Sunday.

The Batang Kali massacre purportedly took place on Dec 12, 1948 during British military operations against communist terrorists after the end of World War II.

It was claimed that the 7th Platoon of the G Company, 2nd Scots Guards, had surrounded a rubber estate at Sungai Rimoh and shot 24 villagers before setting fire to the village.

British Prime Minister David Cameron apologised on Tuesday for the 1972 killings by British troops of 13 protesters on Northern Ireland’s Bloody Sunday after a long-awaited report said all those shot were unarmed.

Mohd Hamdan said if the British government could apologise and admit that there was no justification for the shooting of civilians during a civil rights march on the Bloody Sunday, it should do likewise to the families of 24 Batang Kali massacre victims in the name of justice and human rights.

Historian Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Khim said the government should create public awareness on the Batang Kali massacre as well as bring it up to the international community to ensure justice for the families of the victims.

“However, the matter should be raised in a healthy and diplomatic way to avoid untoward incidents as some people might misconstrue why the issue is raised and wrongly interpret it. This might lead to more harms to the families,” he said.

He said the apology and compensation could be obtained with strong support from the government and non-governmental organisations.

“What is more important is the process of bringing up the matter to the attention of our government, the British government and in turn, we may have a strong ground if the information and investigations are comprehensive,” he said.

For national literature laureate Datuk A.Samad Said, the people need to educated on the country’s historical events, including the Batang Kali massacre, through articles, essays, novels, theatre and movies. Continue reading

Advertisements

UK digesa mohon maaf kepada keluarga mangsa ‘Batang Kali Massacre’

Source:  The Malaysian Insider, June 20, 2010

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/uk-digesa-mohon-maaf-kepada-keluarga-mangsa-batang-kali-massacre/

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Kerajaan Britain digesa membuat permohonan maaf secara rasmi kepada keluarga 24 penduduk sebuah kampung di Batang Kali, Selangor yang menjadi mangsa pembunuhan kejam tentera British ketika memburu komunis pada 1948.

Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata isu peristiwa pembunuhan kejam yang dikenali sebagai “Batang Kali Massacre” itu berlanjutan menerusi demonstrasi dan tuntutan sejak lebih 60 tahun lepas.

Bagi memastikan isu itu selesai, kerajaan disaran menubuhkan satu inkuiri awam untuk memaklumkan masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian tersebut.

“Ia perlu bagi memberikan keadilan dan balasan setimpal kepada waris mangsa yang sudah menanti sejak sekian lama,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Britain tidak boleh berbuat demikian dalam isu itu kerana baru-baru ini, ia memohon maaf secara terbuka kepada Ireland Utara berhubung kejadian “Bloody Sunday” yang berlaku pada 30 Jan 1972.

Dalam kejadian itu, seramai 13 orang awam ditembak mati oleh tentera British ketika berhimpun secara aman bagi menuntut hak sivil mereka.

Perdana Menteri Britain David Cameron telah menyifatkan perkara itu sebagai “Peristiwa pembunuhan kejam pada hari Ahad yang tiada justifikasi dan tidak dapat dijustifikasikan.”

Sehubungan itu, Mohd Hamdan berkata kerajaan Britain perlu melakukan perkara sama kepada waris keluarga mangsa Batang Kali, demi keadilan dan hak asasi mereka.

“Kami mahukan keadilan untuk 24 waris dan keluarga mangsa pembunuhan kejam tentera British. Jika British boleh mengaku tenteranya salah ketika melakukan tindakan yang sama di Ireland Utara, kenapa tidak dilakukan sedemikian rupa terhadap rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berkata inkuiri awam dan siasatan baru berhubung tragedi berdarah itu perlu dilakukan dan dilihat mampu menarik perhatian kerajaan Britain.

Mohd Hamdan berkata dalam peristiwa kejam itu, tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit.

Sementara itu, pakar sejarah negara Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Khim berkata kerajaan perlu membawa isu tersebut kepada pengetahuan umum dan antarabangsa supaya keadilan bagi keluarga mangsa dapat dituntut. Continue reading