MCA Akan Bawa Kes Batang Kali Ke CPA

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — MCA mahu kerajaan Britain meneruskan siasatan dan mengadakan inkuiri adil atas peristiwa kekejaman tentera negara itu di Batang Kali, Selangor, pada tahun 1948, kata Naib Presidennya Datuk Seri Liong Tiong Lai Khamis.

MCA akan membangkitkan kes itu dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di sini dan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), katanya kepada pemberita di ibu pejabat MCA di sini.

Sebelum itu, beliau mengadakan mesyuarat tertutup dengan saudara mara dan waris mangsa yang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak.

Mereka mendakwa sekumpulan tentera British telah bertindak membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah di Batang Kali sebelum membakar kampung mereka pada 12 Dis, 1948.

Kumpulan itu turut meminta kerajaan Britain mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa serta pembayaran pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta).

“Jawatankuasa bertindak ingin mencari kebenaran dan mendedah insiden itu dengan mengadakan inkuiri awam dan bebas. Mereka juga mahu permohonan minta maaf yang bersesuaian kerana mangsa bukan pengganas atau penjenayah,” kata Liow.

“MCA berpendapat Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia mengkaji perkara ini dan menyampaikan kebimbangan masyarakat Malaysia kepada kerajaan Britain…ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban dan ini perlu disiasat,” katanya.

Pada Januari lalu, Pejabat Luar Britain menolak gesaan untuk mengadakan siasatan tetapi pada April, ia dilaporkan bahawa kerajaan negara itu akan mempertimbangkan semula cadangan tersebut.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah satu-satu mangsa yang terselamat dari kejadian itu iaitu Chong Hong, yang turut terkena tembakan.

Beliau berusia dalam lingkungan 20an semasa kejadian tersebut.

Seorang peguam jawatankuasa berindak itu, Quek Ngee Meng, berkata mereka telah menemui pegawai pertahanan dan hal ehwal luar Britain bulan lepas dan memperoleh beberapa maklumat rahsia di bawah Akta Kebebasan Maklumat United Kingdom.

“Kementerian Luar Britain mengakui wujud tindakan menyembunyikan campur tangan politik pada ketika itu dan siasatan menyeluruh tidak boleh lengkap atau bebas sepenuhnya,” katanya.

Source: BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: