Response to Utusan’s article: Menegakkan Kebenaran Terhadap Pembunuhan Kejam Askar-Askar UK/ Addressing Atrocity Committed By UK Soldiers

The Utusan Malaysia, on 22 December, published an article written by a reader Tan with the title “Usaha pinda fakta sejarah iktiraf perjuangan PKM” .  This article miscontrued our efforts to address the historical injustice committed by British Army as an effort to rectify the Communist movement during the Emergency.
In view of the fact that the the article is baseless and relies on wrong facts, Quek Ngee Meng, Head of the Condemning Batang Kali Massacre Signature Campaign, has responded to the article via the Utusan Malaysia Forum.

Below is Quek Ngee Meng’s statement (originally in Malay and with English translation) :

Malay version (sent to Utusan Malaysia)

Menegakkan Kebenaran Terhadap Pembunuhan Kejam Askar-Askar UK

 Pembangunan yang berterusan oleh negara kita sedang berhadapan dengan satu masalah besar. Sesetengah suku masyarakat kita masih dibebani dengan pemikiran stereotaip yang gemar untuk melabel pihak yang tidak bersetuju sebagai pelampau atau “extremist”  tanpa sebarang asas atau justifikasi. Seorang yang dikenali sebagai “Tan” termasuk di dalam kategori ini apabila beliau mempamerkan permikiran yang sempit dan kolot di dalam artikel beliau yang bertajuk “Usaha pinda fakta sejarah iktiraf perjuangan PKM” (Utusan, 22/12/08).

 Tan telah membuat beberapa kesilapan fakta dan asas di dalam artikelnya apabila beliau mendakwa individu-individu yang mengetuai kempen menuntut pembetulan untuk keluarga-keluarga pihak yang terselamat di dalam pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali, seolah-olahnya cuba untuk menyatakan yang pergerakan Komunis adalah wajar, yang mana dakwaan tidak berasas ini adalah disangkal dengan keras. 

Terdapat bukti-bukti yang kukuh untuk membuktikan yang askar British telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan terhadap 24 orang awam yang tidak bersenjata di Batang Kali pada 11 dan 12 Disember 1948. Pengakuan-pengakuan bersumpah oleh 4 orang askar yang terlibat di dalam pembunuhan itu kini disimpan di Arkib Kebangsaan UK di Kew. Pernyataan-pernyataan tersebut mendedahkan yang pasukan patrol mempunyai arahan awal untuk menghapuskan kampung tersebut; penduduk-penduduk kampung telah ditembak tanpa cubaan untuk melarikan diri; dan terdapat konspirasi untuk mengelirukan soal siasat pada 1949.

Pernyataan saksi-saksi yang terselamat daripada pembunuhan tersebut juga selaras dengan pengakuan askar-askar British berkenaan. Malahan, terdapat 3 orang saksi yang masih di awal usia remaja dan kanak-kanak sewaktu berlakunya pembunuhan tersebut, turut berarak bersama-sama badan perwakilan ke Kedutaan British sempena ulang tahun ke-60 kejadian pembunuhan beramai-ramai tersebut. Ini adalah untuk menyangkal dakwaan Tan yang kononnya tiada ahli perwakilan itu yang telah menyaksikan sendiri pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Satu penyiasatan jenayah yang telah dijalankan pada 1970 telah mendedahkan bukti-bukti yang bercanggah di kalangan askar-askar. Walaubagaimanapun, penyiasatan tersebut telah dihentikan secara mendadak oleh Parti Kerajaan Konservatif UK hanya 10 hari selepas mereka memenangi pilihanraya umum. Terdapat juga bukti yang menunjukkan Kerajaan UK telah mencuba untuk melindungi reputasi askar-askarnya yang sedang berhadapan dengan masalah besar di dalam konflik Ireland Utara dan oleh yang demikian, telah menghentikan siasatan pembunuhan beramai-ramai Batang Kali dengan terburu-buru.

 

Ramai ahli-ahli sejarah dan penulis-penulis telah mempersoalkan rekod-rekod rasmi Kerajaan UK. Di dalam sebuah buku sejarah bergambar yang telah ditulis oleh Lt Col (R) Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows bertajuk “The Malayan Emergency Revisited 1948-1960”, terdapat penjelasan mengenai pembunuhan yang telah dilakukan oleh Askar British di Batang Kali pada 12 Disember 1948. Ia menyatakan bahawa “suspicious remained about a possible government whitewash. Indeed later, in 1969 [should be 1970], following the international outcry over the My Lai massacre in Vietnam, claims in British newspaper forced a new investigation, but a change in government in Britain led to the enquiry being aborted, despite sworn statements from participants and a lone survivor that a deliberate massacre had taken place.”

Sebagai tambahan, laman web ensiklopedia, Wikipedia, juga ada menyatakan mengenai Pembunuhan Beramai-ramai Batang Kali: “Early reports claimed the men had run into the soldiers’ gunfire. In contrast, later reports stated that the soldiers gave chase and opened fire on the fleeing villagers. The official account is that the men tried to escape into the jungle after being warned they would be shot if they ran. No one disputes the fact that all the victims were unarmed. Nevertheless, the charge of a massacre has never been thoroughly investigated by either the Malaysian or British governments. The British troops and locals involved were never charged over the killings.”

Syak wasangka yang sama juga boleh didapati di dalam buku yang ditulis oleh dua ahli sejarah dari Universiti Cambridge, “Forgotten Wars – The End of Britain’s Asian Empire.” Di dalam artikel Tan, beliau nampaknya telah terlalu bergantung kepada cerita yang diberikan oleh Chin Peng tanpa melakukan kajian yang sempurna.

 

Jelas di sini, Jawatankuasa yang menuntut keadilan untuk mangsa-mangsa bukanlah mempersoalkan keesahan Darurat atau perperangan gerila itu sendiri. Walaubagaimanapun, tiada siapa yang boleh bertoleransi dengan kekejaman yang telah dilakukan oleh mereka yang bersenjata dan bertindak ganas terhadap orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersenjata. Ini adalah nilai diri asas yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia dan generasi muda. Nilai diri yang menghormati maruah manusia, nilai diri yang mana kebenaran dan kejujuran adalah asas masyarakat yang sivik dan maju, dan nilai diri yang mana pesalah akan dipertanggungjawabkan. Tidak terdapat had masa yang menghalang nilai-nilai ini untuk berkembang, dan juga tidak terdapat apa-apa perberzaan prinsip untuk nilai-nilai ini ditegakkan di mana-mana bahagian di dunia ini.

 

Ia dipercayai secara luasnya bahawa sesetengah suku masyarakat mempunyai niat untuk menyembunyikan kebenaran dan menyeleweng masyarakat umum dan juga komuniti antarabangsa, termasuk Kerajaan UK dan Tan. Oleh itu, usaha untuk membetulkan kesalahan sejarah tentang pembunuhan beramai-ramai Batang Kali telah dibangkitkan secara tegas daripada MCA, PKR, dan DAP bersama-sama 553 Persatuan dan NGO Malaysia.

 

Quek Ngee Meng

English translation:

Addressing Atrocity Committed By UK Soldiers

 The continue progress of our nation is faced with a major problem. Certain quarter in our society is burdened with a stereotype mentality that prefers to label disagreed party as chauvinists or extremist without any basic or justification. A person known as “Tan” fits into this category when he displayed such narrow and siege mentality in his/her article entitled “Usaha pinda fakta sejarah iktiraf perjuangan PKM”.

Tan has made numerous factual and fundamental mistakes in his/her articles when he/she claims that those who lead the campaign to seek redress for the surviving families of the Batang Kali massacre are attempting to justify the Communist movement, which allegation is firmly denied.

They are compelling evidence to prove that British army committed a brutal massacre of 24 unarmed civilians at Batang Kali on 11 and 12 December 1948. Sworn confessions of 4 soldiers involved in the killing which were kept at the UK National Archives at Kew. The statements revealed that the patrol had prior instruction to wipe out the village; the villagers were shot without trying to escape; and there was a conspiracy to mislead the so called 1949 inquiry.

Eye-witnesses statements from the survivors of the massacre collaborated with the British soldiers’ confession. In fact, there were 3 eyewitnesses, who were in their early teen age when the massacre took place, marched with the delegation to the British High Commission during the 60th anniversary of the massacre. This is to refute Tan’s claim that no members of the delegation has witnessed the brutal killings.

A criminal investigation was carried out in 1970 revealed contradictory evidences among the soldiers. However, the investigation had been aborted prematurely by the UK Conservative Party Government barely 10 days after they had won the general election. There was evidence showing that the UK Government was trying to protect the reputation of their soldiers who were facing deep trouble in the Northern Ireland conflict and thus, aborted the Batang Kali massacre investigation hastily.

Many historians and authors had queried the official records of the UK Government. In a pictorial history book authored by Lt Col (R) Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows entitled “The Malayan Emergency Revisited 1948 – 1960”, there is an account of killing committed by British Army in Batang Kali on 12 December 1948. It stated that “suspicions remained about a possible government whitewash. Indeed later, in 1969 [should be 1970], following the international outcry over the My Lai massacre in Vietnam, claims in British newspapers forced a new investigation, but a change in government in Britain led to the enquiry being aborted, despite sworn statements from participants and a lone survivor that a deliberate massacre had taken place.”

In addition, the website encyclopedia, Wikipedia, has this to say about the Batang Kali Massacre: “Early reports claimed the men had run into the soldiers’ gunfire. In contrast, later reports stated that the soldiers gave chase and opened fire on the fleeing villagers. The official account is that the men tried to escape into the jungle after being warned they would be shot if they ran. No one disputes the fact that all of the victims were unarmed. Nevertheless, the charge of a massacre has never been thoroughly investigated by either the Malaysian or British governments. The British troops and locals involved were never charged over the killings.

Similar suspicious can also be found in the books authored by 2 historians from the University of Cambridge, “Forgotten Wars – The End of Britain’s Asian Empire”. In Tan’s article, he/she seems to be over relying on the story given by Chin Peng without conducting a proper research.

Let’s be clear, the Committee seeking justice for the victims are not questioning the legality of the Emergency or the guerilla warfare itself. However, no one can tolerate the atrocity committed by those who were armed and asserted brutality on the innocent and unarmed civilians. These are the sublime values that the Malaysians and younger generation are striving for. A value that respect human dignity, a value that true and honesty are foundation of a civic and progressive society, and a value that wrongful perpetrator will be held accountable. There is no time limitation restricting these values to flourish, nor is there any standard variation for these values to be upheld in different part of the worlds.

It is widely believed that certain quarters had an ulterior intention to cloud the truth and misled the public as well as the international community, as apparently observed with the UK Government and Tan. As such, the effort to address the historical wrong of Batang Kali massacre has gained firm from MCA, PKR and DAP together with 553 Malaysian NGOs and Societies.

Quek Ngee Meng

 

Tan’s article published in Utusan Malaysia (22/12/2008)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

 Usaha pinda fakta sejarah iktiraf perjuangan PKM

SEKUMPULAN aktivis Cina yang disokong oleh DAP telah menuntut kerajaan Britain membayar dosa tenteranya yang didakwa telah membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah kampung di Batang Kali, Selangor.

Kumpulan tersebut menuntut pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta) kerana kononnya tentera yang dibunuh itu bukan pengganas komunis seperti yang didakwa.

Tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur baru-baru ini disusuli dengan penyampaian memorandum tuntutan itu.

Isu tersebut juga pernah diperjuangkan oleh DAP di Parlimen.

Anggota kumpulan aktivis tersebut tidak pernah menyaksikan sendiri peristiwa pembunuhan itu tetapi membuat tuntutan berasaskan fakta sejarah yang memihak kepada mangsa seperti yang ditulis oleh pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dalam memoirnya, My Side of History.

Chin Peng mendakwa mangsa pembunuhan itu bukan pengganas tetapi orang awam dan beliau menyamakan tindakan tentera British itu seperti peristiwa My Lai yang berlaku 19 tahun kemudiannya di Vietnam iaitu pada 16 Mac I968 di mana tentera Amerika melakukan pembunuhan orang awam secara beramai-ramai.

Menurut Chin Peng, sebuah akhbar mingguan popular British, The People telah mendapat maklumat tentang peristiwa yang sama berlaku di Malaya semasa darurat dan menjalankan siasatan dengan menemu ramah bekas tentera yang berkhidmat pada masa itu dan mendedahkannya di muka hadapan The People keluaran 1 Februari 1970.

Pendedahan itu berkata: “It flatly charged that on December 1948, the Scots Guards platoon had perpetrated a cold blooded massacre civillian workers at Batang Kali.”

Menurut Chin Peng lagi, semua fail polis mengenai Batang Kali masih dirahsiakan sehingga hari ini. Beliau menyifatkan dakwaan British terhadap mangsa pembunuhan itu sebagai ‘pengganas’ adalah emotive terminology yang digunakan supaya tidak berlaku pendewaan terhadap perjuangan PKM. Beliau mengemukakan hal itu sebagai satu kes ‘sejarah disunting’ atau dipinda atau diputarbelitkan.

Perjuangan menuntut pampasan bagi kejadian Batang Kali telah dibuat berulang kali lama sebelum Hindraf menuntut ratusan juta ringgit pampasan daripada kerajaan Britain kerana tidak menjaga kebajikan orang India sebagai pendatang dan buruh di bawah pemerintahan penjajahan British.

Yang tidak menuntut pampasan daripada kerajaan British ialah orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa dengan pemberian kemerdekaan negara ini maka British tidak lagi berhutang kepada mereka.

Kemerdekaan inilah pengiktirafan terhadap ketuanan mereka tetapi pihak lain harus menghalalkan perjuangan yang haram bagi mengesahkan ketuanan dan hak mereka ke atas negara ini.

Itulah kehendak PKM yang telah menegakkan pemerintahan Bintang Tiga beberapa hari selepas kekalahan Jepun dan sebelum anggota MPAJA atau PKM lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan pemerintahan Cina di Malaya pada tahun 1948.

Nampaknya buku sejarah perjuangan PKM yang ditulis oleh pemimpin-pemimpinnya sama ada yang masih hidup atau telah mati sedikit sebanyak berjaya menjadi isu kontroversi di negara ini setelah PKM dikalahkan dan dihapuskan.

Golongan cauvinis Cina di Malaya mahu meneruskan perjuangan yang gagal itu.

Jika kerajaan Britain bersetuju membayar pampasan itu maka bererti pengiktirafan terhadap perjuangan PKM dan banyak lagi pembunuhan pengganas akan dituntut untuk diiktiraf sebagai pembunuhan awam dengan bukti daripada bekas pemimpin PKM dan juga orang yang bersimpati dengan mereka di luar negara.

Tidak hanya Ching Peng yang menulis memoirnya tetapi Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh dan beberapa orang lagi bekas pemimpin PKM berketurunan Melayu juga menulis kisah masing-masing untuk mengesahkan perjuangan mereka.

Harus diingat jika PKM berjaya, negara ini tidak lagi mempunyai orang Melayu sebagai raja dan Yang di-Pertuan Agong, juga tidak ada lagi perbincangan mengenai ketuanan Melayu.

Sesungguhnya bukan sukar untuk meminda sejarah kerana Singapura telah pun berjaya melakukannya dan di Malaysia usaha secara terancang sedang berlaku sekarang.

TAN

Melaka

 

 

 

One Response

  1. This ‘Tan’ fellow is a stooge for some racial motivated idiots… that deny justice to the villagers murdered.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: