Memorandum-Penghantaran surat sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia mengutuk pembunuhan kejam di Batang Kali

12 Disember 2008

 

YANG AMAT MULIA RATU UNITED KINGDOM,  RATU ELIZABETH II,

Beralamat:  Suruhanjaya Tinggi British,

185, Jalan Ampang,

50450 Kuala Lumpur

 

Penghantaran surat sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia mengutuk pembunuhan kejam di Batang Kali

dan

Susulan kepada Petisyen bertarikh 25 Mac 2008 yang disampaikan oleh Jawatankuasa Bertindak Mengutuk Pembunuhan kejam di Batang Kali.

 

Semoga Mendapat Perhatian Ratu United Kingdom,

 

1.        Pada 25 Mac 2008, kami telah menghantar petisyen berkenaan berhubung dengan tindakan askar-askar British yang membunuh secara kejam 24 orang penduduk kampung Ulu Yam yang tidak bersenjata dan membakar estet mereka di Batang Kali pada 12 Disember 1948. (Pembunuhan kejam ini lebih dikenal sabagai “Pembunuhan Kejam Batang Kali.”)

 

                          Dalam petisyen tersebut, kami memohon jasa baik Ratu England untuk mendesak kerajaan United Kingdom untuk mengemukakan permohonan maaf secara rasmi dan membayar pampasan setimpalnya kepada ahli-ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam ini dan penduduk setempat Ulu Yam. Kini selepas sembilan bulan berlalu,  kami masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada  Ratu Elizabeth II mahupun Suruhanjaya Tinggi British.

 

                          Dalam usaha untuk membetulkan ketidakadilan sejarah ini, ahli-ahli keluarga dari kalangan 13 mangsa pembunuhan yang masih hidup telah mengarahkan peguambela terkemuka dalam bidang hak asasi manusia awam, Bindmans LLP, untuk menegakkan keadilan bagi pihak mereka, jika perlu. Tetuan Bindmans telah menulis surat kepada Pejabat Komanwel dan Luar Negara untuk meminta penjelasan mengenai apakah pertimbangan-pertimbangan yang akan diberikan kepada petisyen itu, siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk berurusan mengenai perkara tersebut serta apakah akan ada pengumuman atau reaksi rasmi daripada pihak yang dimaksudkan. Mereka turut bertanyakan sama ada pertimbangan sedang diberikan kepada sebarang bentuk penyiasatan terhadap insiden dan sebarang perkara yang berkaitan dengan pembunuhan Batang Kali itu. Bagaimanapun, hingga ke hari ini, tiada sebarang penjelasan konkrit yang diberikan.

                           

                          Walaupun usaha-usaha untuk menegakkan ketidakadilan ini disambut dengan penafian menyeluruh pada 1949, tindakan untuk tidak meneruskan siasatan jenayah pada tahun 1970 atas alasan-alasan yang tidak munasabah dan tindakan membisu oleh kerajaan UK pada hari ini, kita tidak boleh menafikan bahawa insiden Pembunuhan Kejam Batang Kali memang sudah berlaku, satu hakikat pahit yang masih menghantui keluarga-keluarga mangsa, enam dekad selepas itu.

 

                          Kami mempunyai bukti-bukti kukuh untuk membuktikan bahawa askar-askar British telah melakukan pembunuhan kejam ke atas 24 penduduk kampung tanpa bersenjata di Batang Kali pada 11 dan 12 Disember 1948. Bukti-bukti tersebut merangkumi tetapi tidak terbatas kepada kenyataan-kenyataan oleh para saksi dan pengakuan bersumpah oleh askar-askar terbabit. Dengan adanya bukti-bukti ini di tangan kami, kami bertekad untuk mendapatkan penjelasan penuh di atas insiden kejam ini selain mengharapkan satu permohonan maaf yang bermakna dan penegakan keadilan untuk kalangan anggota keluarga mangsa yang masih hidup.

 

                          Mengambil kira bahawa ketidakadilan sejarah ini masih belum ditangani dan para saksi kepada insiden pembunuhan kejam di Batang Kali semakin lanjut usia dengan peredaran masa, Kami dan kalangan anggota keluarga yang terselamat daripada insiden kejam itu amat berharap untuk melihat kebenaran dapat didedahkan kepada umum dalam satu forum awam yang sesuai. Pada masa yang sama, kami berharap segala ketidakadilan terhadap mangsa-mangsa pembunuhan ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

 

Dengan ini, kami berharap Yang Amat Mulia Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth II dapat menggunakan pengaruh ke atas kerajaan UK untuk bertindak secara terhormat agar satu penyiasatan menyeluruh menerusi siasatan awam ke atas Pembunuhan Batang Kali dapat dijalankan dengan seberapa segera.  Siasatan tersebut perlu diberi kuasa untuk membuat cadangan/syor-syor bagi menangani perkara-perkara ekoran daripada Pembunuhan Batang Kali dengan tuntas.

 

2.        Masyarakat Malaysia sangat mengambil berat terhadap Insiden Pembunuhan Kejam di Batang Kali. Sebanyak 553 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan menyelar pembunuhan kejam di Batang Kali. Mereka telah memberi sokongan sepenuhnya  kepada rayuan yang diluahkan di dalam petisyen ini dengan menandatangani surat sokongan. Justeru, kami menyerahkan satu salinan daripada setiap surat sokongan yang ditandangani oleh NGO tadi untuk rujukan dan tindakan susulan.

 

 

Kami memohon jasa baik Yang Amat Mulia Ratu United Kingdom untuk mengambil tindakan segera bagi membetulkan ketidakadilan yang terus mengoyahkan hubungan baik antara komuniti UK dan Malaysia.

 

Terima kasih,

 

Yang benar,

 

 

Quek Jin Teck                                                             Quek Ngee Meng

Pengerusi                                                                     Ketua, Kempen Tandatangan

Jawatankuasa Bertindak Mengutuk Pembunuhan Kejam Batang Kali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: