Berkabung untuk mangsa-mangsa pembunuhan Batang Kali

Hari ini, tanggal 12 Disember 2008, genaplah 60 tahun ulang tahun insiden pembunuhan di Batang Kali. Kami berhimpun di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi British hari ini untuk mengingati kesemua 24 mangsa yang dibunuh itu dengan menyampaikan kalungan bunga chrysanthemum berwarna putih.

 “Anda, 24 penduduk kampung Ulu Yam dari etnik Cina yang tidak berdosa hanyalah penduduk biasa yang matlamatnya ialah untuk meneruskan kehidupan dengan bekerja keras, menyumbang kepada pembangunan bandar serta merupakan pelopor kepada sempadan di tanah air sendiri.

 Pada 12 Disember 1948, ketika anda semua menjalankan rutin seharian di estet getah di Batang Kali, sekumpulan askar-askar British bersenjata bukan sahaja menjadikan anda sebagai tebusan bahkan juga memberi layanan buruk, menyoal-siasat dan akhirnya membunuh anda tanpa sebarang sebab-musabab.

Pembunuhan tersebut dilakukan secara tidak berperikemanusiaan, dan lebih buruk lagi, pembunuh-pembunuh ini pula melabelkan anda sebagai “pengganas” dan “perompak” dan menuntut ganjaran-ganjaran tanpa menghiraukan nyawa yang diambilnya.

 Bukan sahaja anda dibunuh secara kejam, malah pembunuh-pembunuh anda turut memburuk-burukkan imej walaupun selepas kematian anda. Ini merupakan zaman kegelapan dalam peradaban manusia. Kehidupan dan maruah rakyat biasa tidak dihiraukan di bawah pemerintahan kerajaan kolonial British. Semua pihak di bawah tanah jajahan menderita dan dilayan dengan buruk.

 Pembunuhan kejam oleh askar-askar British itu sesuatu yang tidak dapat dilupakan dan telah meninggalkan stigma yang berkekalan dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia.

 Kebenaran tidak boleh dinafikan dan dirahsiakan. Kami menuntut agar insiden pembunuhan di Batang Kali disiasat semula. Bagi menebus semula di atas perkara yang berlaku, kami mahu pihak bertanggungjawab memohon maaf secara formal selain memberikan pampasan yang setimpalnya.

 Hari ini, menandakan ulang tahun ke-60 kematian anda semua. Kami amat kesal bahawa nama baik anda masih tercalar dalam rekod-rekod rasmi kerajaan British. Hingga kini, kerajaan British masih belum memohon maaf secara rasmi di atas insiden berkenaan.

 Kami dari Jawatankuasa Bertindak Mengutuk Insiden Pembunuhan Batang Kali, wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, saudara-mara serta generasi-generasi akan datang kepada mangsa, berhimpun di sini untuk menyerahkan petisyen kami kepada Ratu England dengan harapan agar Baginda akan menggunakan kebijaksanaannya untuk mempengaruhi dan mendesak kerajaan British untuk memohon maaf, membayar pampasan dan membina sebuah memorial kepada mangsa-mangsa tadi.

 Inilah cara terbaik buat kerajaan British menebus kembali kesilapan teruk yang dilakukannya di samping menegakkan keadilan.

 Sehubungan itu, kami di sini menyampaikan kalungan bunga-bunga chrysanthemum sebagai memperingati nyawa-nyawa dan jasad mangsa yang dibunuh secara kejam, enam dekad lalu. Kami mengharapkan kebijaksanaan Baginda bagi menjamin kejayaan petisyen ini.

 Semoga mangsa-mangsa pembunuhan Batang Kali bersemadi dengan aman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: