Kronologi Pembunuhan Beramai-Ramai Di Batang Kali

Pembunuhan kejam penduduk Malaysia oleh Tentera British
pada 12 Disember 1948

Kronologi:

12 Disember 1948 

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh. Seorang terselamat. Saksi-saksi termaksuk isteri-isteri dan anak-anak mangsa.

13 Disember 1948 

Laporan pertama disiarkan di dalam “The Straits Time”: “Pengawal dan Polis Scotland hari ini dilaporkan telah menembak mati 25 daripada 26 orang penjahat di dalam satu operasi ‘wide-scale’ di Utara Selangor. …. Ini adalah satu kejayaan terbesar yang telah dicapai di dalam satu operasi di Malaysia semenjak Darurat bermula.”

1 November 1949 

Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. Hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan”. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

1 Februari 1970 

Surat Khabar Inggeris, The People, membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Jun 1970 

Siasatan berkenaan telah dihentikan oleh Kerajaan Konservatif, apabila ia mengambil alih pada 1970, setelah ia mendapati bahawa tiada bukti yang cukup untuk bertindak lebih lanjut mengenai kekejaman tersebut.

9 September 1992 

Satu dokumentari BBC, laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya. Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan.                                                                                                                                

8 Julai 1993 

Dengan bantuan biro undang-undang MCA, satu petisyen diserahkan kepada Her Majesty Queen Elizabeth II meminta keadilan ditegakkan.

14 Julai 1993 

Satu laporan polis telah dibuat oleh tiga orang mangsa yang terselamat, ditemani oleh Ketua Aduan dan Khidmat Masyarakat MCA Michael Chong.

18 September 1993 

Mr Gavin Hewitt (Ketua Southeast Asia Bahagian Pejabat Asing, UK) menyatakan yang “Tiada bukti baru yang ditemui oleh pihak berkuasa British untuk mengadakan satu lagi soal siasat rasmi mengenai pembunuan beramai-ramai 24 penduduk di Batang Kali ketika pemberontakan komunis.”

30 Disember 1997 

Laporan siasatan telah dihantar kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Ianya dilaporkan yang kes tersebut telah ditutup kerana kekurangan bukti untuk mendakwa sesiapa.

13 Julai 2004 

DAP menimbulkan pembunuhan beramai-ramai Batang kali di parlimen buat kali kedua.

25 Mac 2008 

Waris-waris mangsa pembunuhan tersebut dan beberapa orang ahli NGO telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai ‘Action Committe Condemning the Batang Kali Massacre’ dan telah menyerahkan satu petisyen kepada British High Commission. 
 Petisyen tersebut (selain daripada menuntut untuk satu permohonan maaf rasmi) menuntut £30 juta (RM191.8 juta) secara pampas an kepada waris-waris 24 mangsa pembunuhan tersebut dan £50 juta (RM319.8 juta) untuk pembangunan pendidikan dan kebudayaan Komuniti Ulu Yam.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: